Logo-2020-full-white-panjang

Soalan Lazim

Servis konten digital daripada LOVALOQ ini sangat sesuai untuk Business Owner dan Founder produk fizikal yang nak Facebook Page sentiasa up-to-date secara konsisten setiap hari.

Kami bantu Founder yang tak tahu cara nak develop tim digital marketing sendiri dan selalu kekeringan idea untuk bantu supply bahan-bahan marketing yang fresh dan menarik kepada rangkaian stokis, agent mahupun dropship supaya jualan terus meningkat.

Konten digital yang dimaksudkan merangkumi kandungan grafik dan penulisan, sama ada bersifat jualan (copywriting) atau yang tidak bersifat jualan (content writing) yang dimuat naik ke Facebook Page bagi tujuan pemasaran, kempen jualan, pengukuhan jenama mahupun perkongsian informasi.

Content writing dan poster yang kami hasilkan bersesuaian dengan konsep penjenamaan syarikat, produk atau servis anda berdasarkan matlamat kempen yang ingin dicapai pada bulan tersebut.

Perbincangan mengenai konten kempen pemasaran akan dilakukan selewat-lewatnya seminggu sebelum masuk ke bulan yang baru supaya bahan-bahan dan informasi yang ingin diketengahkan dapat disediakan dengan lebih awal.

Langganan Pakej “Trial Pack” adalah untuk menguji perkhidmatan, aliran kerja serta kualiti reka grafik dan penulisan konten kami selama 3 hari. Bahan grafik yang dibuat dalam tempoh ini adalah bagi tujuan perkongsian di media sosial sahaja.

Anda perlu melantik akaun Facebook tim konten digital Lovaloq Plus sebagai “Editor” selama tempoh tersebut bagi memudahkan urusan penerbitan konten harian di Facebook Page rasmi bisnes anda.

Selepas dilantik sebagai “Editor” di Facebook Page bisnes anda, tanggungjawab kami hanya terhad kepada kerja-kerja memuat naik posting sahaja. Sebarang private messages mahupun komen yang dihantar oleh pengikut Facebook Page tersebut bukan menjadi tanggungjawab dan perhatian tim kami.

Segala maklumat yang dikongsikan kepada kami adalah sulit dan rahsia.

Konten marketing tidak menjamin pertambahan jumlah likers, followers mahupun likes dan shares di media sosial anda. Namun begitu, konten marketing yang kami sediakan mampu membantu meningkatkan lagi brand image dan online presence anda kepada strangers ataupun bakal pelanggan yang baru pertama kali tahu tentang brand anda.

Jumlah “reach” boleh dibantu melalui iklan berbayar seperti FB Ads atau IG Ads mahupun paid review daripada influencer media sosial yang berkualiti.

Untuk pengetahuan, LOVALOQ tidak menyediakan perkhidmatan setting mahupun run sebarang iklan berbayar sama ada di platform media sosial mahupun search engine seperti Google. Gerak kerja kami terhad kepada penghasilan konten yang nak diiklankan sahaja. 

Pelan Konten Digital yang ditawarkan adalah untuk tujuan perkongsian di media sosial sahaja dan tidak termasuk perkhidmatan reka grafik untuk bahan-bahan bercetak seperti flyers, banner, bunting dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, anda boleh bertanyakan kepada tim pemasaran kami untuk lain-lain perkhidmatan grafik dengan pelan dan kadar yang berbeza.

Walaupun kami mempunyai tim yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, namun kepakaran kami terhad kepada perkhidmatan yang kami tawarkan sahaja.

Kami tidak memenuhi jenis permintaan berikut: motion graphics, 3D rendering, reka bentuk UI/UX, reka bentuk laman web atau aplikasi dan segala hasil kerja yang berkaitan video.

LOVALOQ berpusat di Business Centre 2 Pasir Gudang (PG Square), Johor dan sedia untuk berurusan secara bersemuka dan atas talian sama ada melalui e-mel mahupun aplikasi Whatsapp.

Melalui langganan yang telah dibuat, kami sedar bahawa kami bakal terdedah mahupun terlibat dengan maklumat berkaitan pelanggan secara peribadi termasuk informasi pelanggan sedia ada, maklumat projek, pelan pemasaran dan lain-lain dokumen berkaitan operasi syarikat.

Justeru itu, ditegaskan bahawa segala maklumat di atas akan dilindungi dan terpelihara sebagai maklumat peribadi dan sulit.

Namun begitu, pihak LOVALOQ berhak untuk memaparkan atau berkongsi progress mahupun hasil kerja tim kami di media sosial, laman web mahupun di bahan-bahan promosi dan pemasaran.

Caj langganan bagi setiap pelan perlu dijelaskan pada atau sebelum 1 hari bulan setiap bulan. Kerja-kerja design dan muat naik konten di Facebook Page hanya akan dijalankan selepas pembayaran penuh dibuat.

Bagi pelanggan baru, konten akan dimuat naik selepas 7 hari daripada tarikh langganan dibuat untuk memberi ruang kepada tim digital kami merancang konten yang bersesuaian dengan niche bisnes tersebut.

HUBUNGI KAMI

(+60) 11 2161 7242

LOVALOQ SDN BHD (1395139-D)
2B, Jalan Mawar Merah 3/1,
Business Centre 2 Pasir Gudang (PG Square),
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim, Malaysia.

Emel: info@lovaloq.com