Logo-2020-full-white-panjang

Media Sosial Bisnes Anda
Kini Lebih Menyerlah!

Bagaimana Lovaloq Membantu

Kami bantu usahawan untuk hasilkan konten grafik atau 'posting' di FB Page dengan ciri-ciri berikut:

"PERSONALIZED"

Konten digital yang diterbitkan bertepatan dengan kehendak dan keperluan jenama produk dan servis anda.

"LIKEABLE"

Konten digital yang diterbitkan mudah disukai oleh audiens yang mengikuti akaun media sosial bisnes anda.

"UNIQUE"

Konten digital yang diterbitkan adalah unik dan direka secara eksklusif untuk media sosial bisnes anda sahaja.

"SOULFUL"

Konten digital yang diterbitkan menekankan impak emosi supaya mesej yang disampaikan lebih berkesan kepada sasaran.

Jenis Konten Media Sosial

Konten Promosi

Konten kempen pemasaran atau jualan produk atau servis yang ditawarkan sama ada untuk tempoh masa yang singkat mahupun panjang.

Konten Positif

Konten yang boleh memberikan inspirasi dan suka dikongsikan di media sosial seperti kata-kata hikmah dan motivasi, hadis dan doa-doa harian.

Infografik

Konten berinformasi yang divisualkan untuk kefahaman yang lebih mudah berkaitan fakta, tips, petua, formula mahupun cara-cara.

UGC

UGC (User Generated Content) iaitu konten yang dibuat hasil daripada perkongsian audiens melalui testimoni, review mahupun penganjuran contest di Facebook Page.

Sentuhan Dari Hati

Lurveya

Lurveya Skin Solution

Skincare products

NM Aircond

NM Aircond JB

ELECTRICAL SERVICES

Cahaya Kesyukuran 2

Cahaya Kesyukuran Services

electrical services

Restoran Ayub

Restoran Ayub

restaurant

Fabulous Perfume

Fabulous Perfume HQ

Cosmetic Products

Imtiyaz

Imtiyaz Education

tuition centre

IPCHT

IPC Home Tuition

Home tuition services

GoLoan

GoLoan

financial agency

Amani Academy

Amani Academy

business consultant

Babooba

Babooba

clothing

AE Aircond

AE Service Aircond

Electrical services

E Azreen Aircond

E Azreen Aircond

electrical service

PAKEJ "TRIAL PACK"

Beri peluang kepada tim LOVALOQ untuk #MakeOver Facebook Page anda selama 7 HARI dengan konten-konten yang menarik lagi bermanfaat dengan hanya RM700 RM599 sahaja!

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Apa Kata Klien Kami?

5/5
Highly recommended! Senang berurusan. Kami subscribers untuk digital marketing plan, dan tim mereka uruskan A-Z dari copywriting, design, dan mereka senang terima pandangan. Sangat tahu dan faham kehendak pelanggan. Kita garapkan milestone untuk kempen, the rest tak payah pening kepala.Kudos to Lovaloq! Kualiti kerja tip top, fb page kami yang sebelum ni tak class dah nampak pro gituhhh! Tahniaaahhh guys. Thank you kerana sediakan servis yang memudahkan ramai orang macam kami!
Masitah Mohd Afandy
NM Aircond, Electrical & Cleaning Services
Sejak kami menggunakan perkhidmatan dari tim Lovaloq. Fb page kami lebih terjaga dan diurus dengan baik kerana setiap hari pasti ada content serta info untuk dikongsikan dengan pelanggan serta bakal pelanggan. Reach juga semakin meningkat dan servis yang kami tawarkan lebih mudah ditemui oleh sasaran pelanggan. Content serta page yang baik bagi kami sangat penting bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan dan paling penting, orang tahu kami masih wujud. Terima kasih tim Lovaloq atas perkhidmatan yang terbaik!
Pn Nor Hezren Md Daud
Cahaya Kesyukuran Services
Kualiti servis yang baik dan sangat up-to-date dengan isu semasa. Graphic design yang clear, bersih dan selesa mata memendang. Itu yang pelanggan suka tengok macam-macam design yang dihasilkan team Lovaloq! Konten juga sangat kena dengan emosion pelanggan dan juga sesuai dengan gambar dan copywriting. Pesaing saya pon tegur, sekarang poster-poster dah cantik, tak macam yang biasa dulu, bila update masuk page, gambar tak lawo la, kadang kabur la... Paling best, bila page cantik, kedai elektrik pon percaya nak guna perkhidmatan kami untuk pemasangan aircond-aircond yang dibeli oleh pelangan mereka!
Pn Nani Dekhan
Daus Aircond
Lovaloq sentiasa the best and menepati citarasa 👍.
Susah nak puas hati dengan servis-servis design ni, pasal Aida cerewet nauu nauuu! 😆
Suhaida Hassan
Lurveya Sdn Bhd

Pilih Pelan Terbaik Anda

Basic
Pack

15 Posting / Bulan

Tanpa Kontrak

Standard
Pack

20 Posting / Bulan

Tanpa Kontrak

Ultimate
Pack

30 Posting / Bulan

Tanpa Kontrak

Soalan Lazim

Servis konten digital daripada LOVALOQ ini sangat sesuai untuk Business Owner dan Founder produk fizikal yang nak Facebook Page sentiasa up-to-date secara konsisten setiap hari.

Kami bantu Founder yang tak tahu cara nak develop tim digital marketing sendiri dan selalu kekeringan idea untuk bantu supply bahan-bahan marketing yang fresh dan menarik kepada rangkaian stokis, agent mahupun dropship supaya jualan terus meningkat.

Konten digital yang dimaksudkan merangkumi kandungan grafik dan penulisan, sama ada bersifat jualan (copywriting) atau yang tidak bersifat jualan (content writing) yang dimuat naik ke Facebook Page bagi tujuan pemasaran, kempen jualan, pengukuhan jenama mahupun perkongsian informasi.

Content writing dan poster yang kami hasilkan bersesuaian dengan konsep penjenamaan syarikat, produk atau servis anda berdasarkan matlamat kempen yang ingin dicapai pada bulan tersebut.

Perbincangan mengenai konten kempen pemasaran akan dilakukan selewat-lewatnya seminggu sebelum masuk ke bulan yang baru supaya bahan-bahan dan informasi yang ingin diketengahkan dapat disediakan dengan lebih awal.

Langganan Pakej “Trial Pack” adalah untuk menguji perkhidmatan, aliran kerja serta kualiti reka grafik dan penulisan konten kami selama 3 hari. Bahan grafik yang dibuat dalam tempoh ini adalah bagi tujuan perkongsian di media sosial sahaja.

Anda perlu melantik akaun Facebook tim konten digital Lovaloq Plus sebagai “Editor” selama tempoh tersebut bagi memudahkan urusan penerbitan konten harian di Facebook Page rasmi bisnes anda.

Selepas dilantik sebagai “Editor” di Facebook Page bisnes anda, tanggungjawab kami hanya terhad kepada kerja-kerja memuat naik posting sahaja. Sebarang private messages mahupun komen yang dihantar oleh pengikut Facebook Page tersebut bukan menjadi tanggungjawab dan perhatian tim kami.

Segala maklumat yang dikongsikan kepada kami adalah sulit dan rahsia.

Konten marketing tidak menjamin pertambahan jumlah likers, followers mahupun likes dan shares di media sosial anda. Namun begitu, konten marketing yang kami sediakan mampu membantu meningkatkan lagi brand image dan online presence anda kepada strangers ataupun bakal pelanggan yang baru pertama kali tahu tentang brand anda.

Jumlah “reach” boleh dibantu melalui iklan berbayar seperti FB Ads atau IG Ads mahupun paid review daripada influencer media sosial yang berkualiti.

Untuk pengetahuan, LOVALOQ tidak menyediakan perkhidmatan setting mahupun run sebarang iklan berbayar sama ada di platform media sosial mahupun search engine seperti Google. Gerak kerja kami terhad kepada penghasilan konten yang nak diiklankan sahaja. 

Pelan Konten Digital yang ditawarkan adalah untuk tujuan perkongsian di media sosial sahaja dan tidak termasuk perkhidmatan reka grafik untuk bahan-bahan bercetak seperti flyers, banner, bunting dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, anda boleh bertanyakan kepada tim pemasaran kami untuk lain-lain perkhidmatan grafik dengan pelan dan kadar yang berbeza.

Walaupun kami mempunyai tim yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, namun kepakaran kami terhad kepada perkhidmatan yang kami tawarkan sahaja.

Kami tidak memenuhi jenis permintaan berikut: motion graphics, 3D rendering, reka bentuk UI/UX, reka bentuk laman web atau aplikasi dan segala hasil kerja yang berkaitan video.

LOVALOQ berpusat di Business Centre 2 Pasir Gudang (PG Square), Johor dan sedia untuk berurusan secara bersemuka dan atas talian sama ada melalui e-mel mahupun aplikasi Whatsapp.

Melalui langganan yang telah dibuat, kami sedar bahawa kami bakal terdedah mahupun terlibat dengan maklumat berkaitan pelanggan secara peribadi termasuk informasi pelanggan sedia ada, maklumat projek, pelan pemasaran dan lain-lain dokumen berkaitan operasi syarikat.

Justeru itu, ditegaskan bahawa segala maklumat di atas akan dilindungi dan terpelihara sebagai maklumat peribadi dan sulit.

Namun begitu, pihak LOVALOQ berhak untuk memaparkan atau berkongsi progress mahupun hasil kerja tim kami di media sosial, laman web mahupun di bahan-bahan promosi dan pemasaran.

Caj langganan bagi setiap pelan perlu dijelaskan pada atau sebelum 1 hari bulan setiap bulan. Kerja-kerja design dan muat naik konten di Facebook Page hanya akan dijalankan selepas pembayaran penuh dibuat.

Bagi pelanggan baru, konten akan dimuat naik selepas 7 hari daripada tarikh langganan dibuat untuk memberi ruang kepada tim digital kami merancang konten yang bersesuaian dengan niche bisnes tersebut.

HUBUNGI KAMI

(+60) 11 6130 5282

LOVALOQ SDN BHD (1395139-D)
2B, Jalan Mawar Merah 3/1,
Business Centre 2 Pasir Gudang (PG Square),
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim, Malaysia.

Emel: sales@lovaloq.com